Kuala Lumpur: Kegagalan memahami kehendak dan kriteria penganjur antarabangsa menjadi punca karya tempatan sukar menembusi pentas global.
Maestro muzik terkenal, Datuk Dr M Nasir, 69, mengakui perkara itu berkata, beliau sudah mengikuti pertandingan Eurovision Song Contest sejak kumpulan legenda Sweden, ABBA menyertai pertandingan itu.
"Ia pertandingan yang sudah lama, usianya lebih kurang 60 hingga 70 tahun, sejak zaman ABBA dulu. Eurovision popular di Eropah sebab Eurovision itu untuk Eropah sahaja.
"Sekarang dia sudah buka ke dunia dan kita cuba masuk, namun tidak berhasil. Sebenarnya kita mesti tahu apa itu Eurovision. Apa yang mereka hendak.








