SHAH ALAM: Selangor merekodkan kutipan hasil negeri mencecah RM3 bilion setakat semalam sekali gus melepasi sasaran RM2.8 bilion yang ditetapkan tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan terus memperkukuh pencapaian ekonomi menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur.

"Alhamdulillah, tahun ini, pencapaian kita melebihi sasaran nasional berdasarkan keseluruhan projek yang dilaksanakan.

"Sudah tentu terdapat beberapa ruang yang boleh kita perbaiki. Kita akan sentiasa mengemukakan perkembangan dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.