Kediaman Najib Razak di Taman Duta, Kuala Lumpur, telah diwartakan sebagai penjara bagi penahanan orang dalam jagaan sah, membolehkan bekas PM itu jalani tahanan di rumah. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kediaman bekas perdana menteri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.

Perisytiharan tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537).

Dokumen rasmi itu termaktub dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh hari ini, yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537), menteri mengisytiharkan semua bangunan dan kawasan dengan keluasan 4,558.975m persegi di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai suatu penjara bagi maksud akta bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah,” menurut warta itu.