BATU PAHAT: Identiti dua lelaki rentung dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Jaya Diri, Rengit, dekat sini, malam tadi, sudah dikenal pasti.
Mangsa ialah Kamal Nur Hafizi Miskat, 22, dan Muhammed Erfan, 17, remaja pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata nahas kira-kira jam 8.20 malam itu turut menyebabkan dua beranak yang menaiki Proton Wira cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Saga BLM dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan selepas melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan.









