NEW YORK: Seorang lelaki Pakistan dijatuhi hukuman penjara lebih 27 tahun pada Selasa kerana merancang membunuh Presiden Donald Trump.
Menurut Jabatan Kehakiman, komplot itu didakwa sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qassem Soleimani, oleh Amerika Syarikat (AS).
Asif Merchant, didakwa mempunyai hubungan dengan Iran, didapati oleh mahkamah di Brooklyn cuba mendapatkan khidmat pembunuh upahan untuk menghapuskan ahli politik atau pegawai kerajaan di AS.
Merchant ketika memberi keterangan mendakwa beliau dipaksa terbabit dalam plot berkenaan bagi melindungi keluarganya di Tehran, ibu negara Iran, daripada ancaman IRGC selain mendakwa beliau menyangka akan ditangkap sebelum sesiapa dibunuh, lapor beberapa media.









