Mahkamah Tinggi Alor Setar kata Khairul Amirul Zainol tidak salah faham mahupun diprejudiskan dalam pembelaannya.PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Alor Setar menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun ke atas seorang pekerja pasar ikan kerana membunuh anak tiri, empat tahun lalu.
Hakim Lee Kien How @ Johan Lee menjatuhkan hukuman itu ke atas Khairul Amirul Zainol, kini berusia 26 tahun, selepas mendapati dia bersalah membunuh Nurlyana Humaira Shahrul yang berusia dua tahun pada 21 April 2022 di kediaman mereka di Kampung Padang Panjang, Jitra.
Menurut fakta kes, ibu kanak-kanak itu pulang ke rumah selepas membeli juadah berbuka puasa pada 20 April tahun berkenaan dan mendapati anaknya kelihatan lesu. Kanak-kanak itu kemudian mengalami ketidakselesaan abdomen dan bengkak.










