Ketua Pemuda Perak Ashraf Kahasani berkata PKR ada mekanisme tapisan bagi memastikan calon memenuhi kriteria susulan Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilapor pertimbang mempertahankan kerusinya atas tiket parti itu. PETALING JAYA: PKR menetapkan calon yang mahu mewakili parti itu pada PRU akan datang mesti memiliki integriti, komitmen terhadap agenda reformasi dan sokongan akar umbi yang kuat.

Ketua Pemuda PKR Perak, Ashraf Kahasani, berkata calon juga perlu bebas isu salah laku atau konflik kepentingan, selain menjadi ahli sah parti atau mendapat persetujuan pimpinan untuk bertanding bawah platform gabungan.

Katanya, keputusan mengenai pencalonan termasuk di Bukit Gantang tidak boleh dibuat secara individu di peringkat negeri, sebaliknya memerlukan perbincangan dan persetujuan pimpinan tertinggi PKR serta komponen Pakatan Harapan (PH) pusat.