Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, seorang bekas pemimpin PAS akui pengurusan ekonomi serta diplomasi antarabangsa Anwar Ibrahim. (Gambar Facebook)SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menggesa PAS menamatkan kerjasama dengan Umno, sebaliknya beralih menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Khalid berkata, beliau menyambut baik cadangan bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rosli Yaakop agar parti Islam itu menyokong Anwar dan Pakatan Harapan (PH), meninggalkan Umno.
"Cukup sokong (Anwar), tetapi jika PAS mahu sertai (kerajaan), kita boleh pertimbangkan. Kita (Amanah) boleh bincangkan,” katanya pada sidang media.
Khalid dan Rosli pernah menjadi ahli Jawatankuasa Pimpinan PAS Pusat sebelum menyertai Amanah. Rosli kembali menyertai PAS pada Jun tahun ini.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmacron_anwar1155_782865.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)