Melaka: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, ketinggalan di belakang calon Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh sebanyak 462 undi sehingga kini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan kiraan undi awal, Ridzuan Sarif mendahului dengan majoriti 340 undi.
Beliau berkata, Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan pula setakat ini memperoleh 122 undi, BERSAMA (11) dan BEBAS (tiga).
Sementara itu, tiga calon 'popular' Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem dan Datuk Khaidhirah Abu Zahar, sehingga kini mendahului di kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.









