MELAKA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Datuk Seri Adly Zahari mengakui tidak terkejut dengan kekalahannya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Beliau berkata, keputusan itu sudah dijangka mengambil kira kedudukan PH yang ketinggalan kira-kira 5,000 hingga 6,000 undi berdasarkan perkiraan awal sebelum kempen berlangsung.

Katanya, keadaan itu akhirnya diterjemahkan menerusi undi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang memberi kesan kepada persaingan di kawasan berkenaan.

“Memanglah kita tahu seperti yang saya sebut dari awal, di Bukit Katil, Perikatan Nasional (PN) di atas kertas kita ketinggalan sekitar 5,000 hingga 6,000 undi.