Melaka: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengakui kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil bukan satu kejutan kerana beliau sudah menjangkakan defisit undi yang besar sebelum tempoh berkempen bermula.

Adly berkata, perkiraan awal sebelum pilihan raya menunjukkan beliau ketinggalan antara 5,000 hingga 6,000 undi, iaitu jurang yang gagal dirapatkan meskipun telah berkempen sepanjang tempoh 14 hari.

"Saya tidak terkejut kerana sejak awal lagi saya tahu saya ketinggalan agak jauh.

"Saya cuba mengejar sepanjang tempoh kempen 14 hari itu, namun masa yang ada tidak mencukupi," katanya pada sidang media malam ini.