MELAKA – Saingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menyaksikan kejutan awal apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari dilaporkan ketinggalan jauh di belakang calon Perikatan Nasional (PN) dalam kiraan undi tidak rasmi setakat ini.

Menurut perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, calon PN, Ridzuan Sarif kini selesa mendahului saingan selepas berjaya mengumpulkan sebanyak 462 undi.

Berdasarkan data kiraan undi awal tersebut, Ridzuan sedang mendahului dengan kelebihan majoriti sebanyak 340 undi mengatasi pencabar terdekatnya.

Sementara itu, Adly yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertahanan sekadar memperoleh 122 undi setakat ini.