TANJUNG MALIM: Keadaan banjir kilat di daerah ini pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari di sini pada pukul 9 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) berkata, malam tadi, PPS itu telah menempatkan 25 keluarga merangkumi 94 mangsa.
Katanya, paras air telah surut dan mangsa telah pulang ke rumah untuk membersihkan kediaman masing-masing pada pukul 8 pagi tadi.
Situasi terkini banjir di Perak merekodkan satu PPS masih dibuka di Hilir Perak iaitu di Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan, Teluk Intan yang menempatkan 60 keluarga melibatkan 199 mangsa.








