MELAKA: Perikatan Nasional (BN) mendahului penjumlahan undi di tiga kerusi, iaitu Bukit Katil, Bemban dan Paya Rumput.

Berdasarkan portal myundi, keputusan tidak rasmi setakat jam 7.05 petang menunjukkan PN mendahulu di DUN Paya Rumput, Bukit Katil dan Bemban.

Paya Rumput dan Bukit Katil diwakili calon PAS, manakala di Bemban, PN meletakkan calon Parti Wawasan Negara (WAWASAN).

PH meletakkan Pengerusi PH Melaka yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari yang bertanding mempertahankan kerusi Bukit Katil.