Melaka: Barisan Nasional (BN) mendahului penjumlahan undi di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Berdasarkan portal myundi, keputusan tidak rasmi setakat jam 7.34 malam menunjukkan BN mendahului di hampir keseluruhan DUN dipertandingkan.
Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di empat DUN iaitu Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Kesidang.
Perikatan Nasional (PN) pula mendahului di tiga kerusi DUN iaitu Bukit Katil, Paya Rumput dan Bemban.










