MELAKA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudah memperoleh majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri Melaka.

Asyraf Wajdi berkata, ini kerana BN dan PN sudah memenangi 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan 28 yang ada di Melaka.

"Kita sudah melepasi majoriti dua pertiga untuk menubuhkan kerajaan di Melaka," katanya.

BN dan PN secara tidak rasmi menang di 22 kerusi iaitu di Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Tabuh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau dan Machap Jaya.