MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menutup tirai dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan kemenangan di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) pula mempertahankan empat kerusi bandar ditandingi DAP iaitu Ayer Keroh, Bandar Hilir, Kesidang dan Kota Laksamana.

PH kehilangan Bukit Katil yang menyaksikan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari tewas kepada calon PN, Muhammad Ridzuan Mohd. Sarif.