MELAKA: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti mudah selepas menang 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.
Keputusan itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi, lapor BERNAMA.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengumumkan BN dan PN secara tidak rasmi telah memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 19 kerusi DUN.
Beliau mengumumkan demikian di Pusat Operasi BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, kira-kira jam 8.30 malam tadi.










