Melaka: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Beliau berkata, empat lagi kerusi kemenangan itu ialah di Kuala Linggi Serkam Rembia dan Gadek menjadikan keseluruhan BN menang secara tidak rasmi di 15 DUN.

"Kita berjaya menubuhkan kerajaan Melaka secara tidak rasmi membabitkan BN dan Perikatan Nasional (PN).

"Kita mencukupkan angka untuk menubuhkan kerajaan melalui DUN ke-15 iaitu di Gadek," katanya.