AYER KEROH – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 23 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat ini.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, secara tidak rasmi mereka memperoleh kemenangan di 15 kerusi.Beliau berkata, 15 kerusi berkenaan ialah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau, Machap Jaya, Serkam, Rembia, Kuala Linggi dan Gadek.Pengumuman itu disambut sorakan gemuruh penyokong BN dan PN yang memenuhi Pusat Gerakan BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan diselangi laungan takbir.Kiraan tersebut menjadikan jumlah kerusi yang didakwa dimenangi BN dan Perikatan Nasional (PN) mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.Bagaimanapun, keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tertakluk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN-PN isytihar berjaya bentuk kerajaan negeri

Key takeaways
BN dan PN menguasai 23 kerusi DUN Melaka berdasarkan keputusan tidak rasmi PRN Melaka, cukup untuk bentuk kerajaan negeri.
- BN dan PN memperoleh 23 kerusi DUN Melaka secara tidak rasmi.
- 15 kerusi dimenangi oleh BN mengikut kenyataan Setiausaha Agung UMNO.
- Keputusan rasmi PRN Melaka masih menunggu pengumuman SPR.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Tak rasmi: BN-PN menang PRN Melaka, dakwa Asyraf
- Sinar Harian [TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN-PN isytihar berjaya bentuk kerajaan negeri (this story)









