BN dan PN bekerjasama pada PRN Melaka, kali kedua selepas di Negeri Sembilan, Ogos lalu. (Gambar Facebook)MELAKA: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencatat kemenangan pada PRN Melaka selepas melepasi majoriti mudah 15 kerusi, menurut keputusan tidak rasmi.
Keputusan itu menunjukkan kerjasama kedua-dua gabungan berjaya menguasai persaingan di kebanyakan kawasan sekali gus menewaskan cabaran Pakatan Harapan (PH) dan parti lain.
Perkembangan itu berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikongsikan Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, di War Room BN menerusi siaran langsung di Facebooknya.
BN-PN juga berpotensi meraih majoriti dua pertiga kerusi daripada 28 DUN dipertandingkan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml12_512151.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)