AYER KEROH - Barisan Nasional (BN) mendahului penjumlahan undi di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Perikatan Nasional (PN) pula di tiga kerusi setakat ini.Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Gerakan BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Sabtu malam.Beliau turut memaklumkan BN sudah melepasi garisan untuk memenangi 11 kerusi DUN berdasarkan penjumlahan undi semasa.Sebelas kerusi berkenaan ialah Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau dan Machap Jaya.Pengumuman itu disambut sorakan penyokong yang berada di pusat gerakan berkenaan.Bagaimanapun, angka tersebut merupakan penjumlahan undi sementara dan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanya akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
[TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN isytihar lepasi garisan menang 11 DUN, dahului 21 kerusi

Key takeaways
Barisan Nasional mendahului penjumlahan undi di 21 kerusi DUN Melaka dan melepasi garisan kemenangan 11 kerusi, manakala Perikatan Nasional mendahului tiga kerusi setakat ini.
- Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan perkembangan ini di Pusat Gerakan BN pada Sabtu malam.
- Sebelas kerusi yang dimenangi termasuk Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu dan Machap Jaya.
- Angka tersebut adalah penjumlahan undi sementara dan keputusan rasmi hanya diumumkan oleh SPR.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian [TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN isytihar lepasi garisan menang 11 DUN, dahului 21 kerusi (this story)
- Free Malaysia Today Tak rasmi: BN-PN menang PRN Melaka, dakwa Asyraf









