PETALING JAYA – Gagasan dan manifesto ‘Melaka Rumah Kita’ yang dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dilihat semakin tenggelam dan gagal memikat hati majoriti pengundi negeri ini susulan prestasi hambar gabungan itu dalam pengiraan undi tidak rasmi malam ini.
Berdasarkan perkembangan semasa kiraan tidak rasmi bagi kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PH hanya mendahului di empat kerusi, jauh ketinggalan di belakang gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang menguasai 24 kerusi.
Daripada jumlah tersebut, BN mendahului di 21 kerusi DUN manakala PN berada di hadapan di tiga kerusi, sekali gus meletakkan gabungan berkenaan pada landasan selesa untuk membentuk kerajaan negeri Melaka.










