SHAH ALAM – Lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mencatatkan majoriti melebihi 10,000 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, dengan DUN Sungai Udang merekodkan jurang kemenangan terbesar.Di DUN Sungai Udang, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin menang dengan majoriti 16,214 undi selepas memperoleh 18,317 undi.Beliau menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mejar (B) Abdullah Mahadi yang memperoleh 2,103 undi, manakala calon Parti Bersama Malaysia, Ridzuan Rahman meraih 1,322 undi.DUN Ayer Molek pula menyaksikan calon BN, Mohd Ridhwan Mohd Ali menang dengan majoriti 13,108 undi selepas memperoleh 16,312 undi, sekali gus mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Hakimin Mokhtar yang mendapat 3,204 undi.Di DUN Serkam, calon BN, Azman Abdullah memperoleh 14,632 undi untuk menewaskan calon PH, Muhammad Faiq Azman yang meraih 1,943 undi, sekali gus mencatatkan majoriti 12,689 undi.Sementara itu, calon BN, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman memenangi kerusi DUN Telok Mas dengan majoriti 11,114 undi selepas memperoleh 16,015 undi.Beliau menewaskan calon PH, Kapten (B) Mohamad Jaafar yang memperoleh 4,901 undi, manakala calon Parti Bersama Malaysia, Hazwan Mustafa meraih 918 undi.Di DUN Duyong, calon BN, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem turut mencatat kemenangan dengan majoriti 10,040 undi selepas memperoleh 15,067 undi.Beliau mengatasi calon PH, Poo Long Suan yang memperoleh 5,027 undi.Keputusan itu menunjukkan penguasaan kukuh BN di beberapa kerusi tradisi apabila kesemua lima DUN berkenaan dimenangi dengan majoriti lima angka.
[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Lima kerusi catat majoriti lebih 10,000 undi

Key takeaways
Lima kerusi DUN di Melaka mencatatkan majoriti melebihi 10,000 undi dalam PRN kali ini, dengan DUN Sungai Udang memiliki jurang kemenangan terbesar.
- DUN Sungai Udang dimenangi BN dengan majoriti 16,214 undi.
- DUN Ayer Molek dan DUN Serkam juga dimenangi BN dengan majoriti lebih 10,000 undi.
- DUN Telok Mas dan DUN Duyong turut dimenangi BN dengan majoriti melebihi 10,000 undi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian [TIDAK RASMI] PRN Melaka: Lima kerusi catat majoriti lebih 10,000 undi (this story)









