Melaka: Barisan Nasional (BN) mendahului penjumlahan undi di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Berdasarkan portal myundi, keputusan tidak rasmi setakat jam 6.54 petang menunjukkan BN mendahului di DUN Asahan, Duyong, Rim, Serkam, Gadek, Sungai Udang, Lendu, Pengkalan Batu, Kuala Linggi, Asahan, dan Machap Jaya.
BN meletakkan calon UMNO di DUN Asahan, Sungai Udang dan Pengkalan Batu, manakala Gadek dan Machap Jaya masing-masing diwakili calon MIC dan MCA.
Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di lima DUN iaitu Klebang, Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kota Laksamana dan Kesidang.









