SHAH ALAM – Calon paling muda dan paling berusia yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masing-masing gagal mencipta kejutan apabila tewas di kerusi yang ditandingi.Calon paling muda, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah yang mewakili Pakatan Harapan (PH), gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi daripada Barisan Nasional (BN) yang diwakili Datuk Rosli Abdullah.Calon berusia 24 tahun itu tewas dengan majoriti 4,883 undi selepas hanya memperoleh 2,877 undi.Sementara itu, calon paling berusia, Kapten (B) Mohamad Jaafar, 66, yang turut mewakili PH, gagal memenangi kerusi DUN Telok Mas apabila tewas kepada calon BN, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.Mohamad memperoleh 4,901 undi dan tewas dengan majoriti 11,114 undi.Keputusan itu menyaksikan kedua-dua calon yang mewakili kelompok umur paling muda dan paling berusia dalam PRN Melaka kali ini gagal menembusi dominasi BN di kerusi masing-masing.
[TIDAK RASMI] Calon termuda, tertua PRN Melaka gagal cipta kejutan

Key takeaways
Calon termuda dan tertua dalam PRN Melaka gagal menembusi dominasi BN di kerusi masing-masing.
- Muhammad Mukhlisul Mubin kalah dengan majoriti 4,883 undi di DUN Kuala Linggi.
- Kapten (B) Mohamad Jaafar kalah di DUN Telok Mas kepada Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
- Kedua-dua calon gagal mencipta kejutan dalam PRN Melaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian [TIDAK RASMI] Calon termuda, tertua PRN Melaka gagal cipta kejutan (this story)









