KUALA LUMPUR: Sumbangan cukai pendapatan korporat daripada industri pusat data kepada kerajaan dijangka meningkat secara berperingkat, selepas tamat tempoh insentif pelaburan sebahagian projek berkenaan.
Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, berkata nilai pelaburan besar yang diumumkan dalam sektor itu tidak semestinya diterjemahkan kepada kutipan cukai pendapatan korporat secara langsung dalam tempoh terdekat berikutan insentif diluluskan kerajaan.
"Bagaimanapun, aktiviti pembangunan dan pengoperasian pusat data turut menyumbang kepada hasil kerajaan melalui sumber lain termasuk cukai jualan, perkhidmatan, cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta hasil berkaitan penggunaan dan juga pembekalan utiliti.









