Kuala Lumpur: PROTON terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran domestik dan antarabangsa selepas berjaya merekodkan dua pencapaian bersejarah sepanjang tahun ini.
Syarikat automotif itu berjaya melepasi jumlah eksport sebanyak 10,000 unit dalam tempoh lebih 10 bulan, sekali gus meletakkannya di landasan tepat untuk mencatat peningkatan jualan eksport lebih dua kali ganda berbanding tahun 2025.
Pada masa sama, kilang pembuatan PROTON di Tanjung Malim turut melakar sejarah tersendiri apabila merekodkan jumlah pengeluaran sebanyak 23,006 unit pada bulan Oktober lalu.
Pencapaian berkenaan merupakan jumlah pengeluaran bulanan tertinggi yang pernah dicatatkan oleh PROTON dalam tempoh 24 tahun.









