KUALA LUMPUR: Tragedi kemalangan van polis berhampiran Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan yang mengorbankan seorang anggota pasukan itu dan mencederakan 10 yang lain perlu dijadikan pengajaran untuk memperkukuh aspek keselamatan serta penyelenggaraan kenderaan rasmi.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata prosedur penyelenggaraan dan pemeriksaan kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dikaji semula secara menyeluruh, khususnya kenderaan yang digunakan untuk perjalanan jarak jauh.

Beliau berkata, pemeriksaan berkala terhadap tayar, sistem brek, stereng dan komponen penting lain perlu dilaksanakan secara sistematik bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat.