KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap usaha Malaysia membantu Thailand dan Kemboja meredakan ketegangan serta mencari jalan ke arah keamanan.

Perdana Menteri berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook hari ini berhubung penyertaannya dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

"Komitmen kedua-dua negara untuk meneruskan dialog amat penting bagi menjamin keamanan yang berkekalan di sempadan dan kestabilan rantau kita," katanya menerusi hantaran itu.

Terdahulu, Trump mengiktiraf peranan Anwar dalam membantu memeterai perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand tahun lalu, selain menegaskan semula komitmen Washington untuk memastikan perjanjian itu dilaksanakan sepenuhnya.