Anwar hargai pengiktirafan Trump terhadap peranan Malaysia dalam usaha damai Kemboja-Thailand, tekankan kepentingan dialog dan kestabilan serantau

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap usaha Malaysia membantu Thailand dan Kemboja meredakan ketegangan serta mencari jalan ke arah keamanan.

Perdana Menteri berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Facebook hari ini berhubung penyertaannya dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.

“Komitmen kedua-dua negara untuk meneruskan dialog amat penting bagi menjamin keamanan yang berkekalan di sempadan dan kestabilan rantau kita,” katanya menerusi hantaran itu.