PETALING JAYA – Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus menegaskan kepada semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur, sentiasa bersedia dalam berhadapan dengan sebarang situasi ancaman ketika melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Fadil berkata, beliau mahu semua ‘anak buahnya’ untuk tahu bertindak tanpa sebarang keraguan ketika berhadapan risiko dan bahaya di lapangan.
“Saranan saya kepada semua elemen (polis Kuala Lumpur) yang ada di lapangan, saya tidak mahu kejadian seperti yang berlaku di Gombak, berlaku terhadap anggota saya yang bertugas di ‘barisan hadapan’ (frontliner).
“Jadi pastikan mesti ‘ready’ (sedia), mesti tahu situasi, keluarkan senjata api, pastikan sasaran, bersedia.










