KLANG – Pelakon Que Haidar mengakui aktres Nur Fazura sememangnya gemar mengusik dirinya sejak dahulu termasuk menggelarnya dengan panggilan ‘ayang’ seperti yang dipaparkan dalam sebuah video tular baru-baru ini.
Menurut Que atau nama penuhnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, Fazura disifatkan lebih berani menyakat berbanding dirinya yang agak pemalu.
“Kami memang suka bergurau sejak dulu lagi, ketika zaman muda-muda. Cuma saya pemalu tetapi dia berani sikit.
“Dari dulu memang dia suka kacau saya. Bukan kacau nak mengurat tetapi memang jenis suka menyakat orang.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar13_990325.png&w=480&output=webp&q=85&we)