KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pinjaman baharu di bawah Kerajaan Madani adalah untuk membiayai pembangunan negara, termasuk sekolah, hospital, jalan raya serta bekalan air dan elektrik.
“Kita juga terpaksa memenuhi tanggungan kewangan yang diwarisi. Pada 2023 sahaja, sebanyak RM13 bilion diperlukan untuk melunaskan bon 1MDB,” kata beliau.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, selagi belanjawan negara dalam defisit dan dibiayai melalui pinjaman, bermakna jumlah hutang akan terus bertambah.
“Hutang bersifat terkumpul. Pinjaman bersih tahun semasa menambah baki hutang tahun terdahulu yang belum dilunaskan.









