Kuala Lumpur: Pelakon, Nabila Huda, 41, sentiasa melakukan pergerakan dalam keadaan berhati-hati bagi memastikan masalah sakit pada tulang belakang akibat slip disc yang belum pulih dapat dikawal.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata, dia kini tidak boleh berdiri dalam tempoh yang lama, selain sentiasa menyediakan selipar apabila memakai kasut tumit tinggi.

"(Masalah) slip disc masih ada lagi. Dia (sakit) masih ada di situ dan tak pergi mana-mana, cuma saya sudah pandai kawal. Bila saya berdiri lama sangat, saya akan duduk sebab tak boleh berdiri lama-lama.

"Kasut tumit tinggi pun, kalau saya pakai pergi mana-mana 'event', saya akan sediakan selipar. Pakai kasut tumit tinggi hanya untuk ambil gambar dan selepas itu saya tukar pakai selipar.