Seoul: Kapten Korea Selatan, Son Heung-min bersama empat rakan sepasukannya mengambil keputusan mengetepikan perselisihan dalaman selepas isu keretakan hubungan pemain skuad kebangsaan itu mencetuskan kontroversi.

Persetujuan itu dicapai selepas Heung-min, Kim Min-jae, Lee Jae-sung, Hwang In-beom dan Hwang Hee-chan mengadakan pertemuan bagi membincangkan perbezaan pendapat serta mencari jalan untuk kembali memperkukuh keharmonian pasukan.

Kelima-lima pemain itu kemudian mengeluarkan kenyataan bersama kepada peminat, hari ini sebagai tanda komitmen mereka untuk mengetepikan segala perselisihan demi kepentingan pasukan.

Kemelut berkenaan mula mendapat perhatian selepas Korea Selatan tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia, sekali gus menyaksikan ketua jurulatih ketika itu, Hong Myung-bo meletakkan jawatan.