Shah Alam: Pelakon, Nazrief Nazri mengakui keutamaannya kini berubah sejak berkeluarga dengan memberi fokus mencari rezeki halal buat isteri dan anak, bukan lagi mengejar populariti mahupun glamor semata-mata.

Nazrief, 35, atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri berkata, meskipun sudah 14 tahun mengabdikan diri dalam industri seni lakon, dia tidak pernah berasa tersisih apabila sering diberikan peranan sebagai watak pembantu utama (second lead) mahupun antagonis.

"Saya sudah 14 tahun berada dalam industri ini. Daripada watak utama, pembantu sehinggalah antagonis, semua jenis watak saya sudah pernah pegang.

"Apa yang saya rasa hanyalah bersyukur kerana industri masih terus memberi kepercayaan dan ruang untuk saya berkarya. Fokus saya berlakon hari ini bukan lagi nak kejar glamor.