Kuala Terengganu: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mematahkan taktik penyalahgunaan permit pemindahan lembu hasil serbuan di Kampung Surau Haji Daud, di sini, semalam.
Ketua Penguat Kuasa JPV Terengganu Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah berkata, sebanyak 20 ekor lembu yang dibawa sebuah lori turut disita.
Menurutnya, siasatan awal mendapati dua individu berusia 45 dan 38 tahun dipercayai pasangan suami isteri ditahan.
Katanya, kegiatan itu terbongkar hasil risikan selama lebih sebulan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai modus operandi pemindahan ternakan mencurigakan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F12%2F3d7e76af4c8da639719d7f4706ca4c84.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
