KUALA LUMPUR: Pergelangan tangan kanan seorang anggota polis yang putus akibat dilibas parang oleh lelaki warga asing malam tadi, berjaya disambung semula menerusi satu pembedahan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sumber berkata, prosedur penyambungan semula tangan mangsa selesai dilakukan jam 8.40 pagi tadi.
Mangsa berusia 26 tahun yang juga anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berpangkat Lans Koperal sebelum ini diserang lelaki warga asing di pangsapuri di Desa Amanpuri, Kepong.
Suspek bagaimanapun ditembak polis ketika dia cuba ditahan di lokasi berhampiran sebuah taman permainan sekitar jam 8 malam tadi.









