KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu merampas 20 ekor lembu dan menahan dua suspek dipercayai suami isteri, kerana melanggar syarat permit pergerakan haiwan, awal pagi tadi.

Ketua Penguat Kuasa JPV Terengganu Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah berkata rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM50,000 termasuk lori itu, dibuat dalam satu serbuan di sebuah kandang di Kampung Surau Haji Daud di sini kira-kira 2 pagi.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati, suspek melakukan kesalahan di bawah Akta Binatang 1953 apabila memindah dan menurunkan haiwan di lokasi yang berbeza daripada yang dinyatakan dalam permit.

“Bahagian penguat kuasa telah menjalankan risikan selama sebulan sebelum serbuan dijalankan. Siasatan mendapati lori dari Kelantan yang membawa haiwan tersebut, sepatutnya menurunkan ternakan itu di negeri lain, tetapi diturunkan di Terengganu tanpa kebenaran.