Najib Razak mula menjalani baki hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International menerusi tahanan rumah, Selasa lalu. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak akan dihantar semula serta-merta ke Penjara Kajang atau mana-mana penjara ditentukan pihak berkuasa sekiranya melanggar syarat tahanan rumah ketika menjalani baki hukuman dalam kes SRC International.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata ketetapan itu dinyatakan dengan jelas dalam syarat tahanan rumah Najib, termasuk tatacara dan tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menetapkan empat kategori syarat dalam perintah pengampunan bersyarat Najib, merangkumi sekatan berkaitan tempat tinggal dan pergaulan, pergerakan dan lawatan, penggunaan telefon serta peranti telekomunikasi.