Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari tidak menggalakkan anak-anaknya iaitu Lara Alana, 12, dan Lyla Amina, 5, untuk menceburi bidang seni apabila mereka sudah dewasa kelak.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 44, berkata dia yang berkecimpung dalam industri seni selama dia dekad turut berkongsi mengenai realiti kehidupan dan masa depan anak seni yang tidak menentu.
"Anak saya sudah kena 'brainwash'. Kadang-kadang mereka cakap nak jadi pelakon macam Scha, tetapi Scha kata jangan jadi artis, artis tak banyak duit.
"Kadang-kadang benda ini ikut rezeki dan nasib. Dalam Malaysia, bukan saja soal bakat, tetapi dia disertai dengan rezeki dan juga nasib.









