PETALING JAYA – Pelakon popular Zarif Ghazzi mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis dan melantik peguam susulan dakwaan salah laku yang dikaitkan dengannya.
Menerusi satu kenyataan rasmi pihak pengurusan, Zarif menegaskan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang perbuatan seperti yang didakwa, selain menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya.
“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam telah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian,” menurut kenyataan tersebut.
Dalam masa sama, pihak pengurusan memandang serius isu berkenaan dan menegaskan bahawa setiap dakwaan perlu dinilai secara adil berdasarkan fakta serta bukti relevan tanpa sebarang kesimpulan awal.








