Washington: Bekas juara dunia tinju, Jorge Linares masih ditahan pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (AS) dan berdepan prosiding pengusiran dari negara itu, menurut pengesahan pihak berkuasa.
Petinju kelahiran Venezuela berusia 41 tahun itu ditahan pegawai imigresen di El Paso, Texas pada Ahad lalu.
"Beliau akan kekal dalam tahanan ICE sementara menunggu prosiding pengusiran," menurut kenyataan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE).
Linares sebelum ini memaklumkan mengenai penahanannya menerusi satu hantaran di media sosial pada Ahad.









