KOTA BHARU - Selepas sedekad menerajui Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas, jasa dan sumbangan Datuk Seri Hashim Jasin mendapat penghargaan parti itu, manakala kepimpinan baharu berdepan amanah besar untuk memastikan kesinambungan perjuangan serta kesatuan saf terus dipelihara.Setiausaha MSU Pas, Mohd Asri Mat Daud berkata, keluasan ilmu, keteguhan prinsip dan kewibawaan Hashim dalam memberikan panduan sepanjang memegang jawatan Mursyidul Am Pas dari 2016 hingga 2026 menjadi pedoman berharga kepada kepimpinan serta seluruh ahli parti.Menurut beliau, ketekunan Hashim membimbing jemaah dan memelihara kesatuan saf merupakan antara sumbangan yang akan terus dikenang."Keteguhan beliau dalam meneguhkan perjuangan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah akan sentiasa dikenang dengan penuh penghormatan," katanya pada Rabu.Dalam masa sama, beliau memberitahu, MSU Pas berharap seluruh ahli parti dapat memberikan sokongan dan mendoakan kepimpinan baharu bagi sesi 2026-2030 agar mampu meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan.Ujar Mohd Asri, kepimpinan baharu itu diterajui Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob, manakala Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada bekas Setiausaha MSU, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh atas khidmat bakti dan komitmen sepanjang melaksanakan amanah berkenaan.Menurutnya, MSU Pas berharap barisan kepimpinan dan ahli majlis bagi sesi baharu dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta keikhlasan dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat itu."Semoga seluruh kepimpinan dapat meneruskan amanah ini dengan sebaik-baiknya. Kepada ALLAH jua kami bermohon," katanya.
Jasa Hashim Jasin dikenang, amanah besar menanti Ahmad Yakob - Majlis Syura Ulamak

Key takeaways
Majlis Syura Ulamak Pas mengiktiraf jasa Datuk Seri Hashim Jasin dan menegaskan amanah besar bagi kepimpinan baharu Ahmad Yakob untuk meneruskan perjuangan dan kesatuan saf.
- Hashim Jasin memegang jawatan Mursyidul Am Pas 2016‑2026 dan dikenang atas keteguhan prinsipnya.
- Kepimpinan baharu 2026‑2030 akan dipimpin oleh Ahmad Yakob dengan Timbalan Mursyidul Am Dr Mahfodz Mohamed.
- MSU Pas berharap ahli parti menyokong dan mendoakan kepimpinan baharu untuk mengekalkan kesatuan saf.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kemenangan BN bawa amanah lebih besar
- Sinar Harian Jasa Hashim Jasin dikenang, amanah besar menanti Ahmad Yakob - Majlis Syura Ulamak (this story)









