KUALA LUMPUR - Pengurangan premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi pembaharuan pajakan selama 99 tahun menimbulkan persoalan mengenai pihak yang membuat keputusan serta asas penetapan kadar tersebut.Bekas Ketua Pengarah Sekretariat Angkatan Masa Hadapan di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Hamid berkata, persoalan utama ketika ini bukan lagi mengenai pengurangan premium yang hampir kepada sifar, sebaliknya siapa sebenarnya yang mencadangkan dan meluluskan keputusan luar biasa itu.Beliau berkata, kronologi isu berkenaan perlu diteliti bagi memahami proses yang membawa kepada pengurangan premium tanah tersebut.Pada 17 Februari 2026, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diundang melawat KLSCAH sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan isu tanah bangunan bersejarah itu turut dibangkitkan.Beliau berkata, Anwar kemudiannya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan."Pada 14 September 2026, Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan meluluskan penyerahan balik dan pemberimilikan semula tanah bagi kegunaan institusi dengan tempoh pajakan sehingga 99 tahun," katanya pada Rabu.Seterusnya, beliau berkata, surat kelulusan rasmi bertarikh 1 Oktober 2026 menetapkan premium tanah sebanyak RM1,000, berbanding anggaran asal RM4.67 juta."Keputusan itu kemudian diumumkan Hannah pada 14 November 2026 ketika majlis makan malam ulang tahun ke-103 KLSCAH," katanya.Mohd Radzi mempersoalkan siapa yang mencadangkan kadar premium RM1,000 itu, sama ada Jawatankuasa Tanah yang meluluskan kadar berkenaan atau jawatankuasa penilaian yang memperakukan pengurangan tersebut.Beliau turut meminta penjelasan mengenai asas pengiraan yang membolehkan premium tanah berkenaan dikurangkan sebanyak 99.98 peratus."Lebih menarik, Perdana Menteri meminta supaya satu penyelesaian dicari pada Februari. Adakah penyelesaian yang dimaksudkan sekadar memelihara bangunan warisan atau turut melibatkan pertimbangan pengurangan premium?"Saya tidak menuduh Perdana Menteri atau menteri melakukan salah guna kuasa, tetapi arahan mencari penyelesaian, syor penilaian dan kuasa meluluskan premium ialah tiga perkara berbeza yang mesti diperjelaskan," katanya.Beliau berkata, setiap keputusan kewangan melibatkan aset tanah negara perlu mempunyai asas undang-undang, penilaian profesional serta prosedur yang telus.Menurutnya, kerajaan tidak memadai sekadar menyatakan keputusan itu diluluskan mengikut prosedur, sebaliknya perlu menjelaskan pihak yang meluluskan, kaedah pengiraan serta dasar yang digunakan."Yang paling membimbangkan bukanlah RM4.67 juta menjadi RM1,000, tetapi apabila keputusan sebesar ini tidak disertai penjelasan yang cukup meyakinkan rakyat," katanya.
Siapa lulus premium RM1,000, menteri, jawatankuasa atau keputusan politik?

Key takeaways
Pengurangan premium tanah KLSCAH daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 menimbulkan soalan tentang pihak yang membuat keputusan.
- Pengurangan premium tanah KLSCAH daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 dibuat oleh Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan.
- Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh, pada November 2026.
- Isu ini muncul selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim diundang melawat KLSCAH pada Februari 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Status institusi punca premium tanah KLSCAH turun RM1,000
- Malaysiakini (BM) Premium RM4.67 juta jadi RM1,000, Hannah pertahan diskaun buat KLSCAH
- Utusan Malaysia Premium RM1,000 KLSCAH bagi kekalkan bangunan warisan – Hannah
- Sinar Harian Siapa lulus premium RM1,000, menteri, jawatankuasa atau keputusan politik? (this story)








