PUTRAJAYA - Tujuh syor dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses pendaftaran kelahiran.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan, syor berkenaan dikemukakan Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM bagi memastikan proses pendaftaran kelahiran dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berintegriti.Menurut kenyataan itu, daripada tujuh syor berkenaan, empat dikemukakan kepada JPN, manakala tiga lagi kepada KKM."Antara syor kepada JPN ialah mengemas kini Prosedur Kualiti: Pendaftaran Lewat Kelahiran serta mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi urusan pendaftaran lewat kelahiran yang membabitkan ibu atau bapa warga asing."Ia turut merangkumi usaha menaik taraf Sistem Pendaftaran Kelahiran Digital JPN dan mengintegrasikannya dengan Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP) di bawah KKM," menurut kenyataan itu pada Selasa.Bagi KKM pula, SPRM mencadangkan supaya peraturan diwujudkan bagi mewajibkan fasiliti kesihatan swasta melaporkan butiran kelahiran melalui SMRP.Selain itu, kementerian berkenaan disaran mengeluarkan surat arahan kepada fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta, termasuk hospital pengajar universiti serta Hospital Angkatan Tentera, bagi mewajibkan pemakluman kelahiran melalui Sistem Maklumat Rawatan Pelanggan (SMRP-MyHDW).SPRM turut mencadangkan supaya sesi libat urus diadakan secara berkala bersama hospital pengajar universiti dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggalakkan penggunaan serta pengumpulan maklumat kelahiran secara bersepadu.Menurut kenyataan itu, kesemua syor berkenaan dibentangkan Ketua Cawangan A, BPT SPRM, Yasmin Azura Yahya dalam satu sesi pembentangan di Ibu Pejabat JPN, di sini, pada Selasa.Kedua-dua wakil JPN dan KKM turut menyambut baik kesemua syor penambahbaikan yang dikemukakan SPRM.Majlis berkenaan diakhiri dengan pemeteraian Laporan Penambahbaikan Tatakelola yang ditandatangani wakil JPN, KKM dan SPRM.SPRM memaklumkan, pemeteraian laporan itu mencerminkan komitmen bersama ketiga-tiga agensi dalam memperkukuh tatakelola proses pendaftaran kelahiran, selain menutup ruang dan peluang berlakunya ketirisan, salah guna kuasa serta rasuah.
SPRM kemuka tujuh syor tingkat ketelusan pendaftaran kelahiran

Key takeaways
SPRM telah mengemukakan tujuh syor kepada JPN dan KKM untuk meningkatkan ketelusan pendaftaran kelahiran, termasuk penambahbaikan prosedur, integrasi sistem digital dan keperluan laporan kelahiran di fasiliti kesihatan swasta dan kerajaan.
- Empat syor ditujukan kepada JPN, tiga lagi kepada KKM.
- SPRM mencadangkan integrasi Sistem Pendaftaran Kelahiran Digital JPN dengan SMRP KKM.
- SPRM mengusulkan laporan kelahiran wajib melalui SMRP bagi fasiliti kesihatan swasta dan kerajaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian SPRM kemuka tujuh syor tingkat ketelusan pendaftaran kelahiran (this story)








