SEORANG ibu yang pandai membuat kuih mungkin sudah mempunyai pelanggan tetap di kawasan rumahnya. Tetapi untuk menerima tempahan lebih banyak, dia memerlukan ketuhar yang lebih besar, peti sejuk dan modal membeli bahan mentah.Seorang tukang gunting rambut pula mungkin mempunyai kemahiran dan pelanggan, tetapi tidak cukup wang untuk membuka kedai sendiri. Begitu juga mekanik motosikal yang mahu membeli peralatan supaya tidak lagi bergantung kepada bengkel orang lain. Mereka mungkin mempunyai peluang untuk menambah pendapatan, tetapi kekurangan modal dan bimbingan menyebabkan perniagaan sukar berkembang.Golongan seperti inilah yang boleh mendapat manfaat daripada program pembangunan ekonomi asnaf melalui Zakat Wakalah, yang disasarkan meningkat kepada RM100 juta pada 2026 di bawah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP).Jumlah itu meningkat lebih tiga kali ganda berbanding RM28 juta yang disalurkan melalui Zakat Wakalah pada 2025.Bagaimana Zakat Wakalah berfungsi?Pada asasnya, syarikat yang membayar zakat boleh diberikan kebenaran oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mengurus dan mengagihkan sebahagian wang zakat mereka sendiri kepada golongan yang layak. Kebenaran ini dikenali sebagai wakalah. Wang tersebut masih tertakluk kepada syarat agihan zakat dan pemantauan pihak berkuasa agama negeri.Bezanya, syarikat berkenaan boleh menggunakan kakitangan, kepakaran dan rangkaian perniagaan mereka untuk melaksanakan program bantuan secara langsung.Sebagai contoh, sebuah bank bukan sahaja boleh membantu peniaga kecil mendapatkan peralatan, malah boleh mengajar mereka mengurus wang perniagaan, mengira keuntungan dan merancang perbelanjaan.Syarikat yang mempunyai rangkaian pembekal dan pelanggan pula boleh membantu usahawan kecil mendapatkan pasaran untuk produk mereka. Bagi peniaga yang baru bermula, bimbingan seperti ini penting kerana mempunyai modal sahaja belum tentu menjamin perniagaan mampu bertahan.RM203 juta zakat GLC pada 2025Menurut data GEAR-uP, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyumbang RM203 juta zakat pada 2025 bagi membantu golongan asnaf melalui pelbagai program kebajikan, pendidikan dan pembangunan perusahaan mikro.Daripada jumlah tersebut, RM28 juta disalurkan melalui Zakat Wakalah yang membolehkan institusi pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan GLC mengendalikan sendiri program bantuan serta pembangunan keusahawanan.Sasaran RM100 juta pada 2026 bermakna lebih banyak dana dirancang untuk disalurkan melalui kaedah ini, sekali gus membuka peluang memperluas program pembangunan ekonomi asnaf.Namun, RM100 juta itu merupakan sasaran pelaksanaan, bukannya jumlah yang sudah disahkan diagihkan sepenuhnya. Melalui GEAR-uP, syarikat besar digalakkan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran masing-masing untuk membantu masyarakat berpendapatan rendah.Ini termasuk menyediakan latihan perniagaan, membantu pengurusan kewangan dan membimbing penerima bantuan supaya mampu memperoleh pendapatan yang lebih stabil.Tida