TEHRAH – Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Pulau Qeshm milik Iran di Selat Hormuz semalam, hanya beberapa jam selepas Pengawal Revolusi Iran mendakwa telah menyerang sebuah pangkalan tentera yang digunakan Washington di Bahrain.
Selat Hormuz, laluan strategik utama bagi penghantaran minyak dan gas dunia, kini menjadi tumpuan utama dalam konflik Asia Barat yang menemui jalan buntu, dengan tentera AS giat mengawal keselamatan kapal dagang di laluan air itu bagi mematahkan cubaan Tehran untuk menutupnya.
Menurut seorang pegawai AS yang enggan dikenali, jet pejuang AS telah menggunakan peluru berpandu berketepatan tinggi untuk membedil tapak pelancaran peluru berpandu milik Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Pulau Qeshm sebagai tindak balas terhadap provokasi Tehran yang menyasarkan anggota serta aset AS.










