KUANTAN: Pasukan dari Universiti Malaya (UM), Sang Seranta diangkat sebagai juara dalam Pesta Pantun Nusantara Pahang 2026 dalam pertandingan julung kali diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan, di sini, semalam.
Kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Salehudin Iman Azri, Mohamad Al-Azeem Ladin, Muhammad Adam Afiq Zainorin dan Azizah Insyirah Mohd. Anuar itu menerima wang tunai sebanyak RM1,600 berserta trofi.
Muhammad Adam Afiq yang juga dinobat sebagai Pemantun Terbaik itu berkata, seni pantun bukan sekadar pertandingan menyusun kata dan mencari rima indah, sebaliknya warisan bahasa Melayu yang perlu terus dipelihara oleh generasi muda.
“Kalau bukan generasi muda yang meneruskan seni pantun, kita bimbang warisan itu semakin dilupakan.








